PENGENALAN


World OSH Day

 Occupational Safety and Health  (OSH) 


Sambutan hari OSH sedunia (Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia di Tempat Kerja) disambut setiap tahun pada 28 April oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan rakan kongsinya di seluruh dunia bermula dari tahun 1996. Walaubagaimanapun, pada tahun 2003 ILO telah mengisytiharkan bahawa sambutan OSH day ini sebagai Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (World OSH Day)


Sambutan ini pada awalnya bertujuan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja, dan bermula dari tahun 2003 ILO dilihat turut mempromosikan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja dalam setiap tema bagi sambutan World OSH Day yang ditetapkan oleh Pertubuhan itu.


   Pertubuhan Sekerja ILO telah menetapkan tema bagi sambutan Hari OSH Sedunia bagi tahun 2023 ialah "Persekitaran kerja yang selamat dan sihat adalah prinsip asas dan betul di tempat kerja (A safe and healthy working environment is a fundamental principle and right at work)". Secara tidak langsung ILO telah mengiktiraf "persekitaran kerja yang selamat dan sihat" sebagai prinsip asas dan betul di tempat kerja dan menetapkan Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1981 (No. 155) dan Rangka Kerja Promosi untuk Pekerjaan.


Selaras dengan tema ini, program sambutan Hari OSH Sedunia 2023 peringkat kebangsaan tahun ini diadakan di Melaka, Malaysia, pada 15 Julai 2023. Program sambutan kali ini adalah di bawah anjuran bersama Politeknik Melaka dan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka

Antara matlamat mengadaan program ini adalah untuk mempromosikan dan menyebar luas tentang kepentingan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, meningkatkan kesedaran tentang amalan KKP yang baik ketika bekerja, mengiktiraf usaha organisasi dan individu yang telah memberikan sumbangan besar kepada OSH, dan menyediakan peserta dengan maklumat terkini tentang isu OSH


Program ini adalah terbuka kepada semua termasuk majikan, pekerja, pengamal KKP, pegawai kerajaan, penyedia produk dan perkhidmatan KKP, pelajar dan masyarakat luar.


OBJEKTIF

TENTATIF PROGRAM

   " Let's Enjoy The Day !! "


7.30 pagi Pendaftaran Fun Ride

8.00 pagi Fun Ride 2023 

  ·                                     Zumba Fiesta


8.30 pagi                 Pendaftaran Pertandingan Mewarna


9.00 pagi  Slot 1: Ceramah Keselamatan Di Tempat Kerja (MSOSH)

         ·         Pertandingan Mewarna

     ·         Let's Hunt The Hazard

    ·         Wheel Of Fortune

     ·         Busking Performance


10.00 pagi Slot 2: Pentingnya Minda Kewangan Yang Sihat (Maybank) 

10.30 pagi                 ·         Perasmian Karnival oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh Ketua Menteri Melaka

·         Pelancaran Aplikasi ePTW PMK

.        Cabutan Bertuah


11.00 pagi     Slot 3: Demontrasi Pemadaman Kebakaran (BOMBA) 

·        Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna

·        Busking Performance


11.30 pagi Slot 4: Ergonomik di Tempat Kerja (DOSH) 

12.30 tgh hari Slot 5: Sihatkah Kita? (PERKESO) 


1.30 petang     REHAT


2.30 petang Slot 6: Warga PMK Sihat (PMK)

4.00 petang Bersurai

AKTIVITI

PENAJA & PENGANJUR